Saat bahteraku gersangan di sebuah Sahara,
Dahagakan setitis embun bernama cinta,
Kau hadir mengucap salam tanpa sebuah makna,
Lantas sekeping hati yang alpa, berputik rasa mekar berbunga,
Hadirmu bak embun pagi, hanya untuk sedetik cuma,
Menjanjikan segar hanya untuk seketika sahaja,
Namun bahagia menjelma menongkah seribu rahsia,
Menyulam dahaga rindu dalam sebuah bahtera
Dan saat pantai kasihmu kian menjelma,
Semakin hampir bahtera ke pelabuhan cinta
Bagaikan ada enggan di hati seorang nakhoda
Merelakan bahteranya singgah di muara
Andai waktu bisaku hentikan
Maka saat ini pasti itu yang aku lakukan
Kerana kalbu ini bagaikan enggan
Untuk kembali sepi dalam kegersangan
Andai rindumu dapat kuraih
Akanku tunggu tanpa kenal erti letih
Ingin ku tenggelam di lautan cintamu
Walau sesaat sudah cukup bagiku
laila hanni
Ogos 2010